Pesan saya pada adik-adik akhawat Jabatan pengajian al-Quran dan al-Sunnah (JPQS), UKM yang mengikuti Usrah Jalsah pada Jumaat lalu: “Jangan terkesan pada suasana sekeliling yang mana ramai kawan-kawan sudah mempunyai pasangan kekasih. Akhawat yang mahal adalah akhawat yang sentiasa menjaga dirinya agar tidak terjerumus dalam cinta yang tidak halal. Cinta yang halal adalah cinta selepas pernikahan” - Usrah Akhawat Jalsah, 25 Mei 2012.
